kalau Allah bagi peluang hambaNYA utk bertaubat dan baiki diri, kenapa tidak manusia ?

Assalamualaikum.

em.
bercakap lagi tentang makhluk Allah yang paling istimewa , MANUSIA.
manusia ni macam macam ragam.
dan semua manusia tak sempurna.
selalu melakukan dosa dan kesalahan.

macam saya.
saya banyak sangat sangat kekurangan diri dan banyak dosa yg dilakukan.
okay, semua orang ada melakukan dosa , tak kira kecil atau besar.
sangat la nampak beno nipunya jika anda mengatakan anda tiada dosa.
tetapi Allah yang Maha Pengampun tetap masih membukakan rahmat dan pintu taubat utk kita semua.

jadi, kenapa kita sebagai manusia sesama manusia masih lagi mengungkit dosa yang pernah dilakukan seseorang pada waktu dulu sedangkan seseorang itu sudah bertaubat dan tidak melakukan perkara itu lagi.?

sebenarnya, apa yang saya ingin cakapkan ialah,
kita semua manusia biasa yang sama di sisi Allah.
cuma takwa dan iman sahaja yang membezakan.
tetapi adakah kita tahu kita ini lebih mulia daripada orang yg melakukan kesalahan itu ataupun sebenarnya kita lebih hina daripada mereka?

jadi, konklusinya,
kita bukan sesiapa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa kerana kita juga banyak dosa.
kita juga sering terlupa.
kita sering lalai.
jangan anggap kita sudah terlalu banyak amal ibadat.
dan merasakan diri lebih sempurna berbanding orang lain.

sekian,
wassalam :)


semoga Allah melindungi kita semua.
:)

1 comment:

akutetapaku.com said...

singgah bc n3 d sini...

singgah2 la disini

http://akutetapaku85.blogspot.com/